SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

“sebuah ikrar setia”Kpwsmkbbu….

April 05, 2012 By: abib ak Category: Ilham

Maaf aje kerana tahun ni Cikgu tak dapat bersama kamu dipertandingan kawad Kaki Zon Bandar Utara… urusan kerja membataskan cikgu bersama kamu semua,walaubagaimanapun di dalam hati masih berdetik pasukan kamu KPWSMKBBU masih ada aura kejayaan.

Petang khamis dari tingkat atas berdekatan surau guru cikgu melihat pasukan kamu buat latihan terakhir pada fikiran cikgu.Dari tingkat surau tu, cikgu masih merasakan aura kemenangan masih ada dalam pasukan anda tu, lalu cikgu turun memerhati lebih dekat.Bisikan kemenangan cikgu lafaskan pada pembantu cikgu, Cikgu Muzaidah.Tapi kena begini dan begitu…  ape yang cikgu katakan kepada dia adalah hasil pengalaman membawa pelajar-pelajar KPW …… pengalaman campur dan tolak membawa pelajar kadet sama ada kadet lelaki atau perempuan selama hampir 10 tahun, cikgu bermula dari kalah. Kalah yang cikgu alami bersama pelajar tak pernah cikgu merasakan kita akan sentiasa kalah selamanya… Postmortem sentiasa cikgu lakukan.mencari jalan-jalan ke mercu kejayaan.

Bagi rakan-rakan cikgku dan pelajar-pelajar cikgu yang diajar pada jalan pintas membina kejayaan adalah sangatlah beruntug. Apa-apa hal bersyukurlah kerana kita diajar sebelum kita melaluinya, segala ilmu itu hak Allah bukan kita yang punya atau hak kitaKejayaan yang singkat dikatakan umpama mee segera adalah tak lama…

Pada penutup cikgu melihat kamu menghabiskan latihan,baru cikgu tahu kamu menunggu-nunggu seorang guru penasihat baru untuk memberi kata-kata nasihat kepada kamu. Sebagai guru penasihat yang lama / insp kadet polis wanita yang lama, saya rasa sangat bertanggungjawab perlu memperkatakan sesuatu kepada kamu walaupon saya bukanlah cikgu yang dijemput untuk memperkatakan sesuatu. Namun saya bersyukur masih ada yang suka dan sudi menerima teguran saya.Namun rasa terharu saya rasakan kerana ada kadet wanita  yang menunggu saya di petang Jumaat semasa waktu akhir. Dia beriya-iya mengajak saya bersama ke SMK Tun Aminah pada pertandingan kawad kaki Zon Bandar Utara. Saya menolak dengan baik dan hanya mengiyakan  bagi permintaan meminta restu doakan kejayaan pasukan KPWSMKBBU dan untuk dirinya.

Walau pon  Cikgu tak pergi ingatan kepada team KPWSMKBBU masih tetap ada.Mana taknya cikgu juga belajar sesuatu  dari anda semua. Sebelum kamu bertolak di Facebook Kadet Polis Wanita, cikgu telah meminta kamu berjuang….. Pada yang menikmati video “sebuah ikrar setia” Cikgu ucapkan terima kasih.Tapi cikgu lebih selesa memegang kata-kata ni……

” Sabtu,Pertandingan Kawad kaki Zon Bandar Utara .Naik Bas, tidak naik trak…..Apa-apa hal selamat berjuang. Sebarang keputusan terima dengan seadanya, selepas berusaha dan berjuang. Bersyukur dengan apa-apa yang bakal diumumkan. Percaya dengan apa yang tertulis ditentukan. Berserah dan bertawakal selepas berusaha bersungguh-sungguh. Allah Maha mengetahui segala urusan.Selamat berjuang!!! ” teringat semua pelajar kadet polis wanita yang boleh dan sentiasa sudi memberi kerjasama demi menjaga nama baik sekolah.Lihat dan dengarkan video di bawah gambar- gambar bekas senior Kadet Polis wanita merupakan ihlam bagi aura kejayaan kpwsmkbbu.