About us
Kpwup adalah sempena nama badan unit beruniform yang dibawah pempinan saya. K=Kadet.P=polis.dan W=wanita, sementara perkataan up memberi istilah di atas (towards a higher position ); atau pada perbuatan memberi makna bangkit.Dalam erti yang lain memberi maksud sampai depan sekali apabila kami menyertai aktiviti sasaran kami buat yang terbaik dan matlamatnya adalah adalah kejayaan cemerlang .Untuk tag line yang dipilih adalah “bangkit menjana kecemerlangan” Dalam menjana kecemerlangan usaha yang bersungguh-sungguh sangat dititikberatkan.Blog kali ini mefoukuskan khusus kepada kegitaan Badan Uniform Kadet Polis Wanita SMKBBU Johor Bahru.
Badan Unit Beruniform Kadet Polis Wanita yang ditubuhkan di sekolah adalah satu badan beruniform yang mesti didaftarkan mengikut prosedur yang ditetapkan.Bagi satu badan unit beruniform ini mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang Insepetor.Antara tugasan Insepetor Kadet ialah membimbing serta menyelia para kadet dibawah jagaannya dan dibantu dengan beberapa orang guru penasihat.Satu Platun kadet Polis pula mempunyai seorang sarjan dan 3 orang kopral yang bertangjawab terhadap para ahli.Pasukan Kadet polis wantia dan Kadet Polis lelaki dua badan pasukan yang berasingan.
Untuk meraih kejayaan bukanlah satu perkara yang mudah begitu juga bagi mengekalkan kejayaan yang cemerlang yang telah disejarahkan tiap-tiap tahun rekodnya, kadang-kadang kita buat sesuatu gila-gila: orang bercuti kita tak bercuti; bersama pelajar berpanas di gelanggang kawat; orang berlatih lagi seminggu nak lawan, kita berlatih berbulan- bulan; Ada pelajar ambil kira takut kulit muka mereka hitam,
maklumlah jaga kecantikan katanya; tapi bagi anak buah saya mereka sanggup buat lain dari yang lain bersama gurunya untuk bangkit menjana kecemerlangan.Sebelum mencapai sesuatu kejayaan perancangan perlu dibuat oleh seorang Inspetor Kadet /guru penasihat bagi memastikan matlamat membina kecemerlangan itu tercapai,
maka objektif jangka pendek dan panjang perlu seiring berjalan.
Objektif Am:
1.Mendidik pelajar menjadi insan yang seimbang jasmani dan harmonis dari segi intlek,rohani ,emosi dan Jasmani.
2.Mempercayai setiap usaha yang bersungguh-sungguh akan membuahkan kejayaan atau menjana kecemerlangan ,insAllah .
Objektif khusus:
1.Mencipta kejayaan sekurang-kurangnya peringkat negeri dan matllamat akhirnya membawa satu platun pelajar-pelajar SMKBBU ke peringkat Kebangsaan serta mencipta kejayaan daripada aktiviti yang disertai.
2.Membentuk sahsiah yang baik pada diri setiap individu yang menyertai program
unit Kadet Polis Wanita.

