photo sabtu
Foto yang dipaperkan adalah gambar2 kenang yang dapat dirakam semasa pertandingan Kawad kaki Zon bandar Utara,di SMK TMN U pada 9 April 2011.
Originally posted 2011-04-10 02:49:03. Republished by Blog Post Promoter
Foto yang dipaperkan adalah gambar2 kenang yang dapat dirakam semasa pertandingan Kawad kaki Zon bandar Utara,di SMK TMN U pada 9 April 2011.
Originally posted 2011-04-10 02:49:03. Republished by Blog Post Promoter
Tahniah buat Siti Nur Hidayah bt Azhar!…. Kenapa pulak? Dalam pasukan kami Siti Nur Hidayah adalah bakal Sarjan bagi tahun 2011.Tapi ape nak di kata Hidayah yang tak pudar semangatnya bersama pasukan Kadet Polis Wanita SMKBBU hingga saat terakhir menjelangnya peperiksaan PMR,mempunyai getaran motovasi yang tinggi menjelang menduduki peperiksaan PMR.Walau aktif dengan aktiviti Kadet semangatnya tak luntur dalam menduduki peperiksaan PMR.
Akhirnya segala usaha yang diberi dan disumbangkan membuahkan satu kejayaan 9 A dalam PMR nya tahun 2010.Tahniah buat Hidayah walau sibuk-sibuk dengan aktiviti kadetnya dia masih boleh membentuk kecemerlangan.Amin! memang itulah yang dijanjikan setiap usaha yang bersungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan tu pasti manis akhirnya.Tahniah Hidayah dari saya.
khas buat hidayah lagu ni di hadiahkan atas kejayaan anda di dalam koko unit beruniform anda dan atas keputusan PMR 9 A tu…
Originally posted 2010-12-28 22:18:27. Republished by Blog Post Promoter
Anugerah kecemerlangan kokurikulum 2010. Pada 26 Mac 2011 hari Sabtu ;
KPW pada tahun ini (2010) adalah kali kedua menerima piala pusingan unit beruniform
teraktif. Anugerah yang diterima bukan lah bersalut dengan niat menunjuk2.Tahniah buat semua ahli-ahli kpw dan kepada guru-guru penasihatnya yang sudi memberi komited bagi mendidik anak didik yang sudi memberi khidmat bakti kepada pasukan KPW. Buat Guru penasihatnya, Pn Nurulhuda Bt. Saat diiktiraf sebagai guru Penasihat paling cemerlang / aktif. Kpw juga telah menerima anugerah emas UNIT BERUNIFORM TERAKTIF di majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM TAHUN 2006. Adakah pada tahun 2011 milik kpw jua? Oh! belum tentu, insAllah selagi ada niat murni disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh mungkin milik mu jua, namum begitu kita mesti mempercayai bahawa manusia hanya bisa merenca untuk menuju ke tahap itu, yang menetukan segalanyanya hanya Allah s.w.t.
Anugerah majlis kecemerlangan kokurikulum yang dilaksanakan selepas mesyuarat Agung PIBG jelas menunjukkan kepada kita bahawa;
Keseimbangan antara kokurikulum, akademik adalah diharapkan.
Maksud seimbang ialah kokurikulum, akademik perlu diberikan perhatian bersesuaian dengan kepentingan dan tiada komponen dipinggirkan.
Orientasi peperiksaan mungkin dikurangkan, tetapi jika perhatian terhadap kokurikulum masih kurang, maka matlamat kesepaduan dan keseimbangan masih tidak dipenuhi.
Ada pendapat menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum.
Sekiranya ada gagal akademik kerana banyak menghabiskan masa dalam kokurikulum, ia bukan masalah kokurikulum.
Kokurikulum mesti dilihat pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup.
Berilmu dan berpendidikan seharusnya menghasilkan budi pekerti dan akhlak mulia agar menjadi ciri asasi seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Matlamat utama kokurikulum merangkumi objektif-objektif seperti berikut.
1. Menyemai kesedaran pelajar-pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi pelajar-pelajar.
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.
5. Membina dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar.
6. Mewujudkan budaya sekolah yang sihat.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.
8. Mewujudkan sekolah berwatak.
Objektif yang dinyatakan tersebut adalah bersesuaian dengan Dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Oleh yang demikian, kokurikulum perlu dititikberatkan di
sekolah demi kepentingannya dalam pendidikan.
Bukti-bukti bergambar disertakan di artikel ini telah menolak kata-kata ini;
” Aku menolak kepentingan kokurikulum kerana ko-ko aku gagal dalam mata pelajaran sainsku ( akademik), nilah bahana akibat kokurikulum” nilah secebis contoh kata-kata yang bisa kedengaran dirunggut oleh sebilangan pelajar apabila gagal akademik mereka dan segelinter pelajar yang hanya mementingkan akademik saja dan mereka menolak kokurikulum. Sebenarnya Kokurikulum mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup seseorang pelajar.
Originally posted 2011-04-07 12:49:56. Republished by Blog Post Promoter
Hari sabtu jam 7.30 pagi Team kami ke SMK TMN UNIVERSITI dengan menaiki bas PDRM. Wah! rasa selesa. Ingatkan naik trek! syukur Alhamdulillah, keselesaan menjemput pasukan KPWSSKBBU menaik Bas PDRM mengingatkan kembali sewaktu saya membawa Kontingen KPW Negeri Johor ke Pulau Pinang dan Ke Pahang.Ingatan itu menyebabkan saya teringat kepada sarjan Platun KPWSMBBU yang memimpin rakan-rakan mereka di Pahang waktu itu.Semuga awak berjaya ketika ini.(Wan Atiqah Hanis).
Perjalanan ke tempat pertandingan berjalan lancar dan team kami membawa harap setinggi gunung!, Adakah termampu team kami mempertahankan kejuaran di dalam pertandingan kawad kaki Zon Bandar Utara tahun ini selepas 3 tahun berturut-turut menjadi Johan. Apa yang dapat saya rasakan hanya berserah dan bertawakal di atas apa yang di tentukan perjalanan cerita kami pada hari ini. Berusaha telah dilakukan oleh setiap ahli dan guru-guru penasihat yang komited dengan para pelajar tu. Apa yang dapat saya harapkan moga kejayaan sentiasa dianugerah oleh Allah s.w.t untuk kpwsmkbbu di bidang kokurikulum dan akademik mereka….
Setiap pasukan yang menyertai pada tahun ini memberi persembahan yang terbaik dan sangat sengit. Wah Sungguh hebat!.. , ahirnya keputusan pertandingan diumumkan “Platun Wanita terbaik Zon Bandar Utara jatuh kepada Platun Wanita SMKBBU”.” Sarjan Platun terbaik wanita” juga di menangi oleh pasukan kami. Kami berasa sangat bersyukur.
Pertandingan Kawad Kaki Zon Bandar Utara pada 9/4/2011.Sabtu di SMK TMN. UNIVERSITI.
Tahniah kpwsmkbbu Johan lagi Tahun ni! Allahamdullilah……
Originally posted 2011-04-09 12:30:16. Republished by Blog Post Promoter
Sambutan hari Kor Kadet Polis ke 41,pada 28 April 2011 di SMK Taman Impian Emas.Tahniah kepada Sekolah-sekolah yang berjaya dalam Kawad Kaki Kor Kadet Polis
IPD JOHOR BAHRU UTARA.
Kategori Platun Lelaki:
Pertama SMK Taman Universiti
Kedua SMK Bandar Baru UDA
Ketiga SMK Seri Perling
Platun Sarjan Terbaik – Lelaki:
Pertama Muhammad Asyraf bin Murad ( SMK TMN.U )
Kedua Teng Shieh Hau ( SMK DUA )
Ketiga Ridha Izzuddin bin Roslan ( SMK SR )
Kategoro Platun Perempuan:
Pertama SMK BANDAR BARU UDA
Kedua SMK SERI RAHMAT
Ketiga SMK TAMAN UNIVERSITI
Platun Sarjan Terbaik Perempuan
Pertama Qurratu’ Ain Kamarulzaman ( SMKBBU )
Kedua Lily Amega Syazlin ( SMKSR )
Ketiga Nik Amirah Rozman.
Keseluruhan Platun Perempuan Terbaik:
SMK BANDAR BARU UDA.
Keseluruhan Platun Lelaki Terbaik
SMK TMN. UNIVERSITI
HARI KOR KADET 2011 sila Klik untuk mendapatkan kandungan sambutan.
Syabas kepada semua sekolah yang menyertai sambut Hari Kor Kadet Polis IPD UTARA taHUN2011.
Originally posted 2011-05-05 23:57:53. Republished by Blog Post Promoter