SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

Archive for the ‘aktiviti terkini’

Ucapan: Teks Perutusan KPN….

May 01, 2010 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Perutusan YDH Ketua Polis Negara Sempena Sambutan Ulang tahun ke 40 Pasukan Kor Kadet Polis .Hari Kor Kadet JBU di Padng Kawat UTM. Bacaan Perutusan Ketua Polis Negara Oleh Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan bin Hassan.

BISMILLAAHIR RAHMAANIR RAHIIM

Assalamuailaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

2. Bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan  keizinannya jua, dapat kita bersama-sama pada hari ini menyambut ulang tahun penubuhan Kor Kadet Polis yang ke 40, bagi tahun 2010.

3. Pasukan Kor Kadet Polis yang ditubuhkan sejak 2 Mac 1970 adalah bertujuan untuk melatih ahli-ahlinya mendisplinkan diri dan patuh kepada undang-undang negara, di samping membina insan cemerlang yang seimbang dari segi intelek, jasmani dan rohani serta bertanggungjawab kepada bangsa, agama dan negara.

4. Walaupun pasukan ini masih muda, berbanding dengan usia Pasukan polis yang telah melebihi dua abad lamanya, tetapi keahliannya telah mencecah kepada 100,000 orang, berbanding dengan hanya seramai 1,960 orang sahaja, di awal penebuhannya. Pada tahun ini sahaja Kor Kadet telah mempunyai 2947 platun. Ia merupakan satu peningkatan yang begitu ketara, dan amat memberangsangkan dengan penerimaa yang begitu baik oleh pelajar-pelajar di peringkat sekolah menengah.

para hadirin yang di hormati sekalian,

5. Sebagai seorang rakyat, kita mesti menyokong sepenuhnya Program Transformasi Kerajaan ( GTP ) yang  dilancarkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia untuk memastikan  negara kita mencapai Wawasan 2020. Di Samping menjayakan matlamat negara da;lam inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) yang menetapkan sasaran mengurangkan 20% kadar jenayah jalanan menjelang akhir tahun 2010 dan juga menurunkan sebanyak 5% kadar jenayah indeks.

6. Dewasa ini, masalah gelala sosial yang melibatkan remaja adalah cukup membimbangkan, umpama barah yang semakin merebak dalam tubuh jika tidak dirawat dengan segera. Gejala amalan seks bebas, kehamilan anak luar nikah, buang  bayi, rogol, samun, ragut, buli, gengsterisme dan bunuh, sedang menular di kalangan pelajar-pelajar sekolah, dan keadaan ini adalah amat mendukacitakan. Begitu juga dengan perlakuan pelajar-pelajar yang tidak segan silu merokok dengan berpakaian sekolah, selain berpeleseran di pasaraya dan pusat-pusat siber. Sekiranya gejala sosial ini tidak dibendung, saya bimbang negara tidak mampu melahirkan remaja berkualiti bagi menggantikan pemimpin negara pada masa depan.

7. Pada tahun 2008 sebanyak  1,862 kes telah dilaporkan dengan, 2,811 pelajar telah di tangkap.Daripada jumlah tersebut seramai seramai 2,731 orang pelajar yang berumur din antara 13 hingga 18 tahun, terlibat dalam  pelbagai kesalahan jenayah. Bagi tahun 2009 pula, sebanyak 2003 kes jenayah yang melibatkan pelajar, telah dilaporkan, dengan  3263 pelajar telah ditangkap di atas pelbagai kesalahan. Seramai 3,142 pelajar tersebut, dalam lingkungan umur di antara 13 hingga 18 tahun terlibat dengan kejadian seperti bunuh, rogol, samun, mencuri, pecah rumah, curi motosikal dan lain-lain kesalahan jenayah. Sebagai contohh, kes kecurian motosikal yang melibatkan 975 tangkapan pada tahun 2009 merupakan penyumbang tertinggi kes jenayah yang dilakukan peljar sekolah.

8. Saya berharap ibu bapa, pihak pentadbiran sekolah dan masyarakat, serta persatuan-persatuan penduduk dapat membantu dalam menangai masalah pelajar sekolah yang melakukan kesalahan jenayah pada usia yang sangat muda ini, jauhilah anak masing-masing daripada melakukan kesalahan atau melanggar peraturan dan undang-undang negara, walaupun kesalahan yang dilakukan adalah kecil, impak yang diberikan kepada masa depan mereka adalah sangat besar.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

9.  Satu kajian oleh lembaga Penduduk dan Pembangunan keluarga Negara (LPPKN) ke atas pelajar di lima buah sekolah menengah di negara ini, mengenai matlamat cinta remaja lelaki dan remaja perempuan telah dilaksanakan. Hasil dapatannya menunjukkan bahawa sekiranya teman wanita hamil, remaja lelaki akan menuduh kehamilan disebabkan perempuan itu mengadakan hubungan dengan lelaki lain, melarikan diri malah sanggup membunuh untuk menghapuskan bukti. Sedangkan remaja perempuan beranggapan teman lelaki adalah seorang yang jujur, akan menjadi suami yang baik, lantas menyebabkan mereka sanggup menyerahkan jiwa raga dan kehormatannya tanpa mengetahui matlamat cinta remaja lelaki. Masalah sosial ini amatlah membimbangkan umpama harapkan pagar, pagar makan padi.

10. Berdasarkan kepada perangkaan dan kajian yang telah dijalankan terhadap masalah sosial yang melibatkan remaja amnya dan pelajar-pelajar sekolah khasnya, jelas sekali menunjukkan bahawa pembabitan pelajar dalam pelbagai kes jenayah sentiasa meningkat dan fenomena ini amat membimbangkan semua pihak. Saya percaya gejala ini boleh dibendung, sekiranya para pelajar diberikan pendedahan, penerangan jelas tentang kesan dan akibatnya jika terjerumus di dalam kancah jenayah. Namum begitu, saya percaya para pelajar sekarang ini, lebih bijak dan berupaya membuat pertimbangan yang sewajarnya terhadap baik dan buruknya melakukan sesuatu perkara atau perbuatan.

11. Selain daripada itu, media sosial yang merupakan platform komunikasi atau  ” networking” yang amat popular kepada golongan  komuniti siber pada masa kini, terutama sekali kepada golongan remaja. Pautannya yang meluas dan berinformasi terkini sangatlah up-to-date sehingga kita boleh memperolehi maklumat dalam beberapa saat sahaja walaupun peristiwa tersebut belaku jauh dihujung dunia.

12. Sungguhpun begitu, jenayah tidak memilih mangsa, bagi remaja yang baru berjinak-jinak dengan alam maya ini, janganlah terpedaya dengan iklan-iklan dan promosi-promosi menarik yang ditawarkan di dalam internet.Jangan sekali-kali memberikan maklumat  peribadi seperti nama, alamat rumah, sekolah, nombor telefon rumah atau telefon bimbit, nombor kad kredit ibu bapa yang mungkin membawa padah sekiranya orang yang tak dikenali ini mempunyai niat jahat.

13. Bagi mereka yang selalu ” bercakap” dengan kawan-kawan di  dalam “chat room”, juga perlu sentiasa berwaspada apabila menerima mesej dengan orang yang tidak dikenali. Adalah amat sukar untuk kita mengetahui niat seseorang, lebih-lebih lagi pertemuan tersebut hanya melalui alam maya.Tidak mustahil bagi penjanayah mencari mangsanya melalui ” chat room” . Oleh itu saudara  saudari dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati semasa berkomunasi secara online di dalam alam maya yang penuh dengan perangkap ini.

14.  Pada masa yang sama, ahli kor Kadet polis yang bertindak sebagai mata dan telinga PDRM, boleh membantu mengenal pasti kawan-kawan yang menghadapi masalah. Langkah terbaik adalah dengan melaporkan kepada pihak sekolah, supaya tindakan secepat mungkin dapat diambil untuk membendung dan mengelakkan perkara-perkara yang buruk berlaku.

15. Inisiatif yang telah dilakukan oleh PDRM seperti meletakkan Pegawai Perhubungan Sekolah di setiap sekolah rendah, mahupun sekolah menengahh di seluruh negara merupakan satu pendekatan untuk membolehkan pegawai polis membantu guru disiplin di sekolah untuk memberi nasihat dan menyampaikan ceramah berkaitan jenayah semasa dan pencegahan jenayah kepada pelajar-pelajar sekolah. Melalui program rakan cop juga, maklumat-maklumat boleh disalurkan untuk membantu pihak polis atau pihak berkuasa membanteras jenayah.

16. Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia, para penaja dan dermawan, pengetua, guru-guru, ibubapa, Persatuan Ibubapa dan Guru(PIBG )dan semua pihak yang bekerjasama dan sentiasa menyokong program dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Kor Kadet Polis.

Selamat menyambut Ulang Tahun Penubuhan Kor Kadet Polis yang ke 40.

Sekian wabillllahitaufik wahidayah assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terima kasih.

(Tan  Sri Musa bin Tan Sri Haji Hassan)
Ketua Polis Negara.

Raptai……

April 22, 2010 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Sebelum berlangsung majlis hari Kor Kadet   pada minggun terakhir KPW bagi Kawalan Kehormat harus menjalani raptai bagi memantapkan lagi pasukan Kawalan Kehormatan dan bahagian-bahagian lain yang terlibat di majlis itu. Semua Sekolah yang mempunyai  unit beruniform kadet Polis di kawasan JBU  bagi kegiatan ko-ko di sekolah dikhendaki bersama-sama merayakan majlis bersejarah ini.(  Hari Kor Kadet Polis ke 40 – 24 April 2010 di padang Kawat  UTM Skudai).

Semua Sekolah di JBU diminta bekerjasama dengan menghantar pasukan kadet polis mereka menyertai majlis ini. Pasukan yang menyertai merupakan pasukan “Detachment” di mana pada hari raptai di minta menghantar 2/3 org wakil bagi menentukan  tempat dimana harus mereka berdiri dalam pasukan Detachment masing-masing. Selain itu bahagian lain juga sibuk bersama menjalani raptai seperti juru acara,pembacaan ikral,peserta-perserta bagi penerima anugerah kadet polis berdisplin dan pemenang bagi pertandingan kawat kaki sempena hari Kor Kadet.

Gambaran sekitar raptai Hari Kor Kadet…….

Siapa mereka….

April 22, 2010 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Mereka ini adalah para jurulatih yang bertanggung jawab dalam membentuk Pasukan Kawalan kehormat  2010 di majlis Hari Kor Kadet ke 40 di Padang Kawat UTM. Para Jurulatih yang terdiri dari  SM Zulkifi Ali, Kopral Bakri Ab Jalil dan Sarjan Roslan Yakob adalah para jurulatih yang bertanggungjawab melatih KPW hingga menjadi pasukan Kawalan kehormat yang berwiba di majlis Hari Kor  Kadet yang bakal berlangsung pada 24/4/2010.

Kami KPW dari SMKBBU mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jurulatih yang tidak jemu mendidik para pelajar ini sehingga berjaya walau pada permulaan para jurulatih merasakan anak didik kami tidak begitu cekap.Segala kesalahan dari kami maaf juga di minta.

Disepanjang latihan kami juga memberi ucapan terima kasih mana-mana pihak yang memberikan kerjasama dalam memberi ilmu pengetahuan yang berguna kepada KPW.Terima kasih juga kepada Lan Kopral Shuzila Salleh, yang  kelihatan  membantu dalam menegur anak didik kami. Kepada Guru-guru penasihat KPW SMKBBU  jutaan terima kasih dilafaskan untuk kalian kerana sudi mengiringi para KPW ke tempat Latihan.

Pembentukan Pasukan Kawlan Kehormat……

April 20, 2010 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Pembenntukkan Pasukan Kawalan Kehormat Minggu ke 2 dan ke 3 dari kpw SMK BBU dan SMK Skudai semakin serasi dan membungakan satu pasukan Kawalan Kehormat  pilihan yang akan membarisi barisan hadapan pada hari Kor Kadet Polis ke 40 Di Padang Kawat UTM.

Minggu ke 2 dan ke 3  latihan yang diperolehi dari jurulatih-jurulatih yang ditetapkan.

latihan pusat

April 05, 2010 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Pasukan KPW SMKBBU dan Pasukan KPW SMK Skudai dalah 2 pasukan kadet polis wanita JBS utara yang diamanahkan sebagai pasukan kawalan Kehormat di barisan hadapan di hari kor Kadet polis JBS utara pada 24/4/2010.Sebelum majlis pasukan ini harus menjalani latihan agar persembahan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jaya dan cemerlang.Hari demi hari  pasukan kawalan kehormat telah menunjukakn kemajuan dan diakui oleh jurulatih; mereka boleh menujukkan persembahan yang dikehendaki,walupun pada permulaannya jurulatih merasakan was-was untuk menerima mereka.Berkat kesungguhan Team yang terpilih ini akhirnya mereka dapat melaksanakan tugasan dengan berjaya.Pihak KPW SMKBBU mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar kami.Terima Kasih kepada semua jurulatih yang terlibat di tapak latihan di ibu pejabat Polis daerah JBU.Terima kasih kepada semua guru-guru penasihat KPW SMKBBU yang melaksanakan tugasan mengiringi pelajar-pelajar ditempat latihan.Jutaan terima kasih kepada semua KPW SMKBBU atas komited anda melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.Ada kesilapan dari KPW SMKBBU kami mohon maaf jua.

Di perturunkan beberapa gambaran bagi sesi latihan pusat pasukan Kawalan Kehormatan.

Gambaran minggu pertama:

Beginilah gambaran pada minggu pertama, macam-macam gelagat yang ditunjukkan, hingga kadang-kadang memberikan ketidak kepercayaan…… namun pelajar-pelajar ini sebenarnya ada menyimpan sesuatu matlamat mahu memberikan sesuatu yang terbaik.Pada minggu ini bagi pasukan kami KPW SMKKBU sebenarnya terkejar-kejar waktu latihan, mana nak ke JBU dan sampai ke sekolah kul  6  petang sambung semula latihan bagi persedian pertandingan kawat kaki formasi zon utara.Namun atas permintaan minggu pertama latihan pasukan Kawalan Kehormat cuma di adakan selama 3 hari,lega rasanya KPW dapat fokus pada persedian terdekat.

Hari Q

March 11, 2010 By: abib ak Category: Photo album, aktiviti terkini

berakhir dengan sempurna

October 03, 2009 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Jamuan  akhir tahun Kadet Polis 2009 pada hari ini berakhir dengan jayanya dalam  suasana serba kesederhanaan.Majlis yang bermula agak lewet sedikit dari masa yang ditetepkan terus berjalan mengikut aturcara nya.  Tahniah kepada AJK kadet polis wanita dan semua ahli kadet polis lelaki dan wanita.Tahniah anda telah pandai dan dapat mengelolakan majlis ini dengan jayanya. Ikhlas dari guru anda, anda berjaya menguruskan segala urusan seperti dari membuat kad jemputan; menjemput pengetua,guru-guru kanan, Insp.kadet anda, guru-guru penasihat dan ahli-ahli  kadet polis yang  berdaftar.

Pendek kata guru-guru anda just selia dan beri pandangan bila anda memerlukan..Kalau semua aspek macam ni memang best awak semua. Makanan yang di oder boleh! dan Sedap, .terima kasih  sekali lagi.Hingga saat ni rasa penat masih terasa;dari awal pagi menguruskan pembahagian penilian ko-kurikulum.Makan jangan kata 2/3 kali.macam rumah terbuka gayanya.

Tahniah juga  ditujukan kepada mereka  yang terima anugerah; sarjan Nur Hamizah kadet menyerlah, Nur Amalina Samad kopral yang komited dan Marry ahli kadet yang ringan tulang walau dia ni besar.hehehe… kadet sedia berkhidmat rupanya si budak Marry ni, gurau aja..nanti  tengok album gambar-gambar budak-budak ni.

Akhir kata sempena majlis yang mulia ini saya dan semua guru penasihat pakaian beruniform Kadet Polis Wanita memohon maaf sekiranya terdapat salah silap dan terdapat kekurangan ilmu yang disampaikan dari kami.

posing nak  masuk blog hehehe cepat cepat ok tak