SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

Archive for the ‘urusan’

aktiviti pertama 2012

January 22, 2012 By: abib ak Category: urusan

 

 

Kesungguhan terpancar pada wajah-wajah KPW yang sayangkan pasukan unifom mereka.Walaupun baru sahaja bermula  cuti sempena menyambut tahun baru Cina,mereka sanggup meluangkan masa untuk memperbaiki diri demi kejayaan urusan koko mereka dan demi menyokong akedamik mereka.Tahniah saya ucapkan kepada yang rela memperbaiki diri dan meningkatkan potensi diri yang dianugerahkan.Sekalung Tahniah sentiasa diberi kepada awak semua kerana mahu mengekalkan keharuman nama KPW SMKBBU.Usaha yang ditunjukkan memberi gambaran yang kamu beritizam mahu mengekekalkan rekod terbaik demi menjaga nama baik sekolah.

Ayuh!!!…. rakan KPW yang lain yang punya seribu alasan bongkarkan semangat yang ada dalam diri masing-masing bersama-sama dengan rakan kita ni berganding tangan bersatu merebut peluang kejayaan.Mari kita bersama-sama datang ke program kita di masa cuti ni.Ade masa dan ari lagi.Selasa, Rabu dan Khamis.Rebut-rebutlah peluang nie moga-moga impian tahun 2012 menjadi suatu realiti.Hanya awak semua sahaja yang dapat menolong diri awak sendiri.Muga-muga anda beroleh nikmat kejayaan atas kehendak dan usaha anda sendiri. Selamat mengorak langkah.

 

Koleksi gambar dihari Rakan Muda sekolah 13 Jun 09

January 17, 2012 By: abib ak Category: urusan

Gambar-gambar disekitar majlis pelancaran rakan muda sekolah.Program yang telah dilaksanakan Di SMKBBU, Johor Bahru. Tahniah kepada semua warga sekolah yang terlibat. Jutaan syabas kepada semua pelajar yang terlibat di dalam persembahan tertentu.Bersedia di lain majlis insallah.Oh ya jangan lupa PMR dan SPM makin hampir.Khas unyuk anak buahku,Kpwup syabas dan bina links anda dengan kukuh di tahun 2010.Jangan lupa bina links=???

Originally posted 2009-06-13 23:56:03. Republished by Blog Post Promoter

latih – harapan….Ooo…. harapan….

January 17, 2012 By: abib ak Category: urusan

Latih terus berlatih bukan itu saja tanggungjawab sebagai pelajar, keseimbangan kegiatan  ko kurikulum dan kurikulum adalah di tuntut demi menjadi pelajar cemerlang dan insan berkualiti yang dapat menjadi pemimpin keluarga dan negara pada masa depan.

Setelah merasai beberapa pengalaman manis dan pahit membimbing pelajar dalam unit beruniform Kadet Polis wanita, harapan saya kepada pasukan KPW SMKBBU 2010 adalah di dalam kesederhanaan. Peratus harapan yang sederhana ini bagi saya adalah yang terbaik. Bukan senang untuk mengekalkan kejuaraan bertahun-tahun,namum syukur alhamdullillah di peringkat Zon Utara team ini telah dapat bertahan kejuaraannya selama 3 tahun berturut-turut.

Untuk Peringkat negeri pada tahun 2009 pasuakan kami menduduki tempat kedua,  tahun 2010 harapan saya ketika menerima setiap anggota kadet Polis Wanita, sentiasa meletakkan satu tangkapan positif bahawa mereka boleh melaksanakan tugasan mereka walaupun kami menerima pelbagai dugaan dalam menyatukan team yang sedia ada. Membina satu team bersatu hati yang mempunyai kesungguhan serta semangat berkobar-kobar menegakkan kecemerlangan kejayaan umpama  bukan senang untuk senang.

Harapan saya untuk team 2010 laksanakan tugasan kamu yang akan kamu lalui  pada 10 Mei 2010, jam 08.30 pagi di Pusat Ko- kurikulum, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru, Johor dengan kesungguhan yang maksimum. Selamat berusaha dan berjuang. Doa sentiasa dilafaskan untuk KPW.  Harapan semua pasukan ketika itu semuanya inginkan satu  kejayaan.So selamat berjuang didoakan Team KPW SMKBBU  beroleh kejayaan.

Originally posted 2010-05-01 18:45:12. Republished by Blog Post Promoter

interview oh interview

January 17, 2012 By: abib ak Category: urusan

kadet cilik dianugerah kadet displin ni Mariam binti Ibrahim, seorang lagi kadet berpotensi yang dicungkil oleh penulis setelah meneliti corak penglibatannya di dalam pasukan kadet polis wanita sekolahnya.Eh wah taniahlah walau awak baru dalam pasukan ini.Berapa tahun awak telah terlibat dalam pasukan ini? awak telah diberi kepercayaan oleh guru awak untuk pergi interview.Tahniah sekali lagi.Kenapa awak dipilih oleh guru awak?eh mestilah awak;

i- telah di daftarkan sebagai ahli kadet.Oh ya kepada guru-guru penasihat, pastikan semua ahli kadet anda telah di daftarkan.Buat pendaftaran bagi setiap ahli baru pada tiap-tiap tahun.Untuk guru yang beruniform pastikan juga berdaftar lagi-lagi kalau hang dah pakai 2 paku.

-aktif bergiat dalam pasukan kadet.Pasukan kadet anda cemerlang sampai peringkat mana? adakah anda aktif juga? tentulah kalau tidak takkan cikgu awak pilih.Tapi awak dah cemerlang jangan ingat awak cemerlang bersendirian? rakan sepasukan anda juga cemerlang!… mesti ingat ni. Lagi satu guru penulis selalu ingatkan penulis tanpa guru boleh ke awak cemerlang?so pesanan guru lama penulis untuk awak, fikir-fikirkanlah tanpa guru siapalah saya.hahaha……

Kisah gi interview diberitahu kepada penulis; menghala keperjalanan tempat interview kejadian berpatah balik berlaku. Masing-masing balik rumah setelah diingatkan oleh seorang rakan kadet lelaki terbaik peringkat sekolah yang sama-sama nak gi interview.Kenapa ya? ah ni tentu kes teringat nak gi interview sijil-sijil bagi memberi bukti tu penting! nak tunjukkan bahawa kita ni cemerlang sepanjang perkhidmatan? Bukan saja cemerlang sewaktu interview saja!!!…. Bukti-bukti bahawa kita dan pasukan kita cemerlang,orit tak ni atau perasan atau berperasaan hehehe…. maka alkisah baliklah siguru ke rumahnya ambil sijil  si mariam pun begitu juga.Berpuluh-puluh sijil dikumpulkan.Dalam kereta masing-masing menyusun  sijil-sijil tu, celah-celah tu ingatkan soalan apalah yang nak di soal nanti.Persedian dah berpikul ke? sergah cikgu?tak berat pon cikgu cukup dengan bahan yang cikgu tolong cari diinternet.Orit baca!… dah nak sampai ni.Akhirnya semuanya berkeputusan seorang kadet cemerlang si Mariam binti Ibrahim,di beri pengitirafan. Seorang lagi belum cukup cemerlang dan Cikgunya pon belum cemerlang,walaupun penulis diberitahu cikgunya cukup lama perkhidmatannya di dalam kadet di bandingkan dengan 2 orang lagi rakan yang sama-sama interview.Alah tu perkara biasa cikgu,sergah rakan lain memberitahu penulis dulu aku cemerlang tak payah interview pon  tapi memang aku cemerlang.hehehe…..

 

Originally posted 2009-11-19 06:25:48. Republished by Blog Post Promoter

Apa kata mereka; Sarjan Platun

January 17, 2012 By: abib ak Category: sumbangan artikel, urusan

Sarjan Platun Kadet Polis Wanita SMKBBU JB. Sarjan Nur Hamizah Zainudin

Dari sarjan platun  Kadet Polis Wanita SMK BBU  JB tahun 2009.

Sarjan Nur Hamizah Nazaruddin;

Assalammualaikum, tahun ini adalah pertama kali saya menjalankan tugas sebagai sarjan kadet polis wanita SMK BANDAR BARU UDA…Sepanjang saya menjadi sarjan,pelbagai perkara telah berlaku samada suka ataupun duka tapi semua itu telah mengajar saya menjadi lebih matang. Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada terutamanya Insp.Kadet Pn Habibah A.Kadir.Guru-guru penasihat Pn Nurul Huda Mohd Saat, Pn Masita Mas’od dan Pn Nur Nadirah  Salleh kerana memberi sokongan padu dan nasihat kepada saya. Mereka turut membantu saya dalam menjalankan tugas sebagai sarjan. Peringkat permulaan dalam memikul tanggungjkawab ini, saya terasa mudah putus asa  di atas dugaan yang dicabar pada diri saya tetapi guru –guru yang komited dalam badan uniform Kadet polis wanita ini,  selalu memberi panduan untuk saya terus berdiri sebagai sarjan platun.Mereka tak jemu-jemu memberi bimbingan kepada saya agar saya dapat membimbing sebuah platun Kadet Polis wanita yang mantap,walaupun ada kala terdapat konflik kerana sikap dan kerenah rakan sepasukan.

Melayan rakan-rakan dalam pasukan bukan satu perkara yang mudah.Jika saya berjalan sendirian tanpa campur tangan guru-guru kami yang perihatin adalah sukar untuk saya menjalankan tugasan.Pada saya tanpa Insp.Kadet dan guru yang sentiasa memantau menegur sikap-sikap negatif ahli siapalah saya dan rakan-rakan yang lain? Dalam membentuk satu  pasukan yang berjaya komited dari setiap individu adalah penting.Bersedia mahu cepat belajar dengan apa yang diberi,boleh menerima teguran sarjan, bersikap keterbukaan, tiada kelompok-kelompok kecil yang ingin menjatuh atau memporak-perandakan team., sedia bekerjasama hanya dalam satu team sahaja dan yang paling saya ingat adalah post mortem yang sedia dibuat oleh Insp-Kadet pasukan kami dalam membina kejayaan kepada pasukan unit beruniform Kadet Polis Wanita SMKBBU JB, dengan mempastikan kecemerlang dapat dibentuk.

Oh ya!… suka ingin saya memperkatakan disini, saya komited dengan kadet Polis Wanita SMKBBU JB sejak dari tingkatan 2; dimana kejayaan yang paling besar saya rasa ialah mengikuti Insp.Kadet Pn.Habibah A Kadir ke Pulau Pinang ke Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan.Ketika ini saya bukanlah seorang kadet yang lasak pada aktiviti kawat kaki.Saya mewakili Negeri Johor dipersembahan kebudayaan saja.Namum begitu atas bimbingan Insp.Kadet saya belajar sesuatu yang lebih besar sudut aktiviti dalam pasukan ini.Bagi saya untuk menjadi sarjan Platun ; perlu ada kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam aktiviti tertentu.Mithalnya menjadi sarjan platun sudah semestinya kemahiran kawat itu adalah menjadi makanan  diri kita. Disini saya perlu mahir kawat yang betul, mesti tahu memberi arahan dan dapat memimpin ahli-ahli lain.

Okey setakat ini yang dapat saya  perkatakan ,sepanjang saya memegang jawatan sarjan dari Jan 2009 hingga Julai.Saya memohon maaf, terutama pada Insp Kadet Pn. Habibah A Kadir dan Guru penasihat kadet Polis.Pada rakan-rakan ahli kadet Polis wanita saya juga meminta maaf sekira berlaku kesilapan yang saya lakukan terhadap anda semua.Pada tahun akhir ini saya harapkan pasukan unit beruniform Kadet Polis Wanita SMKBBU JB akan terus kekal  memagang rekod Johan 3 tahun berturut-turut dan kami juga ketika meninggalkan Zon Bandar Selatan telah memegang rekod Johan. Kawat Kaki. Mudah-mudahan kamu dapat kekalkan Rekod Johan itu 3 tahun lagi di Zon Bandar Utara.  Kecermelangan tahun 2010 perlu dibina untuk Kpwup.  Pesanan untuk Insp.Kadet janganlah tingalkan mereka.Bagi saya, saya tetap akan tinggalkan pasukan Kadet Polis Wanita SMKBBU, JB kerana tempoh tamat persekolahan saya di sekolah ini pada tahun ini. Selamat untuk semua ahli Kedet Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Kali ini kita harus berjuang sehabis-habisnya bagi memduduki peperiksan SPM. Selamat berjuang!….

Originally posted 2009-10-08 11:25:31. Republished by Blog Post Promoter

4 orang kpwsmkbbu dapat offer ke Kebangsaan

January 17, 2012 By: abib ak Category: Kejayaan, urusan

4 Orang anggota Kadet telah pon pergi Ke peringkat Kebangsaan,Hai tuah badan kerana dek 4 orang pelajar kadet dari  Sekolah yang dipilih secara terhormat mewakili Kotengen Negeri Johor ke Peringkat Kebangsaan,  4 orang kpwsmkbbu di Offer pula.Secara positifnya kami menerima pelawaan terhormat tu….. alamak ahli yang lain kerap pula tanya bila mereka nak bertanding ke peringkat negeri untuk gi Kebangsaan selepas mereka Johon di Zon Utara. Secara positif, segalanya telah dijelaskan dengan baik! Allahamdullillah mereka menerima segala penjelasan yang diberi.

Untuk sekelian anggota yang menyertai pertandinagan Zon Bandar Utara janganlah bimbang,Rangking kamu tetap di peringkat Negeri walaupon apa yang anda tunggu-tunggu tak kunjung datang.Ada kala kita kena akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak tertentu.Begitulah pengerobanan  yang kena kamu terima walau hati pahit untuk menyatakan ye!….Hanya Allah saja dapat membalas hati yang ikhlas menerima apa-apa keputusan demi kebaikkan bagi kumpulan tertentu jika itu memberi kesenangan dan kebaikan pada banyak perkara.Alah apa lah yang dikejar kan sangat pada sesuatu yang tak mungkin mencetuskan kebaikan besar buat kita di sisi Allah.Hanya Dia yang Maha mengetahui segala-galanya.Mengalah bukan bererti kamu kalah.Besyukurlah dengan apa yang telah terjadi.Fikirkan lah kebaikan bagi pasukan pada masa akan datang. Selamat maju jaya pasukan Kpwsmkbbu dibidang ko dan juga bidang akedamik anda.Maju jaya buat semua sekali lagi!…..

 

Originally posted 2011-08-04 22:25:07. Republished by Blog Post Promoter

Adakah adil…… atau cukup setakat itu?

January 17, 2012 By: abib ak Category: urusan

TAKUT GAGAL dan TAKUT UNTUK BERJAYA,
Peringatan untuk ahli-ahli kadet yang punyai seribu alasan!!!……

Kejohanan sukan sekolah semakin hampir… ianya akan berlangsung pada 25/2/2010….Kami  guru-guru penasihat rasa teharu di atas sambutan yang di beri oleh ahli baru bagi KPW sek ini.Syabas dan tahniah di atas semangat yang ditunjukkan dikalangan baru.Bagi ahli-ahli lama apa semangat yang kamu tunjukkan kepada adik-adik yang baru dalam menimba ilmu pengetahuan di dalam bidang ko kurikulum, adakah kamu dah terlalu bagus? atau andakah kamu sudah terlalu hebat sehingga sanggup memberi seribu satu macam alasan? atau kamu mencabar atas pemberian markah ko-ko dari kami?

Di sebalik kejayaan yang pernah dibuat cukup setakat itu? tanpa memberi lagi komitet pada tahun seterusnya sedangkan markah koko perlu diberi kepada kamu setiap tahun?….Pasukan kami sentiasa mengambil kira Qualiti.Jika seribu alasan yang diberi kami meminta anda menjawab secara rasmi dengan segera….. bagi kami  adanya kegagalan satu perkara yang perlu diterima hakikatnya.Tetapi kegagalan itu haruslah  satu kegagalan yang mulia iaitu  gagal yang dialami selepas kita sama-sama berusaha. Orang yang gagal sesebenarnya adalah, orang yang gagal berusaha.
Orang yang mencuba dan berusaha sesuatu dan kemudian gagal, adalah lebih baik dan lebih tinggi kedudukannya berbanding mereka yang tidak berbuat apa-apa.Adakah kamu rela melihat Unit kamu ini  gagal tanpa usaha yang diberi oleh kamu yang telah berpengalaman.Tepuk dada tanya tanggungjawab apa yang kamu patut beri kepada pasukan yang telah sama-sama di bentuk menetapkan imej kualiti dalam memberi pendidikan yang berguna dalam kegiatan ko-ko dan mengharumkan nama sekolah……

Adakah adil……
1. kamu memberi seribu alasan, kemudian di hari pemberian marah ko-ko kami di minta untuk memberi kamu markah lulus? apa perasan kamu? boleh marakah paras hidung namanya! orit juga ke?
2. Duduk rehat di rumah sambil menonton Tv/yang cangih menonton Dvd cerita yang mencuit hati hingga hilang perasaan ingin membantu rakan sepasukan, dihari pemberian markah ko-ko hendak juga markah.
3. Tidur dengan lena.Sedangkan rakan kita berjemur di padang memerah keringat peluh menitis di bumi.Di hari pemberian markah ko-ko terkeseng-keseng menuntut markah bagi unit beruniform anda? Macam mana ya!…

Untuk adil……..
Kamu semua pelajar yang bijak bestari… tentulah dapat memberi apakah tindakan yang perlu di lakukan…..
pesanan untuk semua berilah sumbangan anda untuk unit anda.fikirkan untuk kemajuan diri bagi membina diri menjadi seorang pelajar cemerlang di bidang kurikulum dan ko kurikulum yang mempunyai keseimbangan markah yang cemerlang. Kurikulum=kokurikulum ,that means; A=A. Maju jaya untuk semua………….

Originally posted 2010-02-12 12:25:15. Republished by Blog Post Promoter

Keputusan AJK tertinggi mesyuarat agung KPW

January 15, 2012 By: abib ak Category: urusan

Keputusan Pemilihan AJK Tahun 2012

Pengerusi : SITI MARIAM BT IBRAHIM

Naib Pengerusi : WAN EZRA FADZLEEDA BT WAN RAMLEE

Setiausaha : MAHFUZAH BT TAJUDDIN

Penolong Setiausaha : NIK BADRULNISA BT NIK BURHANUDIN

Bendahari : SITI HAJAR BT ABDUL AZIZ

Penolong Bendahari : ASMIRA BT ARSID

Ahli Jawatan Kuasa ( Maksimum 7 Orang )

1) NUR AQILAH BT ABDUL RASHID (Ting 5)

2) NUR SAFINA BT SULIMAN (Ting 4)

3) NUR ASNIRA BT KHAIRU ADENAN (Ting 3)

4) NURUL HALEEDA BT MD. KHALID (Ting 3 KAA)

5) SHAZANA BT MOHAMMED AFFANDI ( Ting2)

6) NURUL NADIRA BT NORHAIDI (Ting2)

7) NUR ASHYIKIN MAISARAH BT MOHD AZLI (Ting1)

SARJAN PLATUN KPW 2012: QURATUL AIN BT KAMARULZAMAN

Selamat  mejalankan tugas semuga ahli-ahli kpw berjaya atas usaha yang anda lakukan .Sukacita dingatkan anda yang terpilih nie akan menerima sepucuk surat akur janji bagi melaksanakan tanggung jawab anda demi kemajuan diri awak sendiri dan rakan-rakan awak yang menyokong awak. Surat-surat akur janji akan dikeluarkan oleh Guru penasihat anda Cik Muzaida Abd Manaf. Sila berjumpa guru penasihat anda nie demi kelancaran kegiatan pasukan beruniform KPW. Tahniah untuk kalian semua.

renungan untuk direnungkan:

Antara kerugian yg besar ialah mensesiakan peluang setelah diberi kepercayaan.

 

 

KPW Mesyuarat Agung 2012 Jan 14

January 13, 2012 By: abib ak Category: urusan

Mesyuarat Agung kokurikulum 14 Jan 2012

Ketua  Insp Kadet Pn Habibah  A Kadir

Guru-guru penasihat KPW 2012

Pen: Pn Zuraidah Okee

Cik Mariati Bachok

Cik Muzaidah Abd Manaf

Pn. Nurul Huda Mohd Saat

Pn. Masita Mas’od

Pn.Rostena Ismail

Pn.Ruhaidah Ahmad

Pn Rozliana Rameli

Pn Basyai Alawiah A Sedik

Pn hajah Norhayati Mohd Yusof

Cik NurFadhilah Khalid

Pn. Noor Haliza Abd.Halim

Sebarang perubahan dan penambahan rujuk kepada guru Pen kanan ko-ko.

Aktiviti  pertama tahun 2012

  • Penubuhan 2 platun. KPW Junior SMKBBU. KPW Senior SMKBBU. Jangka masa  Latihan  21 Jan -  27 Jan. 1 Feb, 4Feb, 6Feb.7Feb dan 12 Feb.
  • 18/2/2012  Sabtu Pertandingan Kawad Kaki.Kpw(J) Kpw (S).Pemilihan Sarjan pelatun.Pengutipan  sebahagian markah koko.

Aktiviti  Th 2012  mengikut arahan

  • Awal Mac dijangkakan pertandingan kawad Kaki Zon Bandar Utara.
  • April Hari polis ke 205.Perhimpunan hari Polis.Pertandingan kawad Kaki sempena hari Polis.
  • April Hari Kor Kadet Polis, Kawalan kehormat. Anugerah kadet polis cemerlang dan hadiah bagi pertandingan peringkat Zon Bandar Utara.
  • 20-22/4/2012 Perkhemahan peringkat Sekolah.
  • Minggu ke 4 Mac/ April. Pertandingan kawad kaki formasi anjuran PPD
  • Mei Perkhemahan peringkat Negeri.Pertandingan kawad kaki peringkat negeri.
  • Jun Perkhemahan peringkat Kebangsaan.Pertandingan kawatd kaki Kebangsaan
  • Perbarisan Kejohanan sukan sekolah 19/7/2012 memenuhi keperluan arahan PPD / PDRM sekiranya relevan.
  • 30 Ogos 2012 Penilian Ko-Kurikulum .
  • Oktober minggu ke 2 – Aktiviti menembak Zon Bandar Utara
  • lain-lain aktiviti yang di cadangkan sekira ada.
  • Nov. Jamuan akhirTahun

Hal-hal lain

  • Tarikh dan waktu latihan sila rujuk kepada lampiran yang diberi.Bagi membina kecemerlangan, latihan luar biasa di perlukan.KPWSMKBBU berani berlatih luar bisa!….. Untuk cemerlang jadual latihan perlu ditambah dengan masa yang  berkualiti.
  • Sumbangan kewangan………
  • Pakaian semasa perjumpaan mestilahlah mengikut peraturan sekolah.Rupa paras semasa latihan mengikut skema sebagai seorang pelajar. Mengikut badan uniform yang disertai.
  • Pakaian semasa latihan.T-shirt ,KPW lengan panjang,trek bottom dan kasut hitam  serta berstokin hitam.
  • Kehadiran dan pengelibatan Kokurikulum adalah tanggungjawab diri sendiri.

Pemilihan AJK Tahun 2012

Pengerusi :

Naib Pengerusi :

Setiausaha :

Penolong Setiausaha :

Bendahari :

Penolong Bendahari :

Ahli Jawatan Kuasa ( Maksimum 7 Orang )

1) ……………………….. (Ting 5)

2) ………………………….(Ting 4)

3) ……………………………. (Ting 3)

4) ………………………    (Ting 3 KAA)

5) ………………………… ( Ting2)

6) ………………………… (Ting2)

7)  ………………………… (Ting1)

Ucapan Penangguhan

Selamat  Membina team

KPWSMKBBU Junior.

KPWSMKBBU Senior.

Jumpa Anda di Puncak Jaya!…

Salam kecemerlangan buat KPWSMKBBU.

Insp kadet Pn Habibah A Kadir

 

 

 

 

Siapa Ke Peringkat Kebangsaan

September 04, 2011 By: abib ak Category: urusan

 

4 orang ni saja terpilih ke Kebangsaan tahun 2011,terpilih sebab dot…. dot…… yang lain gigit jari tunggu pertandingan peringkat negeri yang tak kunjung tiba.Apa boleh buat katanya tak bernasib walau sepatutnya ada pertandingan peringkat negeri.Tanpa pertandingan peringkat negeri atas alasan what? what? kadet sek.tertentu di pilih….. Tak apalah wak! perkara biasa tu? atau luar biasa.Adat dunia adakalanya begitu? bukan merajuk!.. mungkin kita tak tahu agernda sebenar disebalik apa yang berlaku.Be positif ….

Lihatlah ni gambar kenangan Kontengen Kebangsaan  negeri Johor tahun 2011… di bawah apa-apa kejayaan yang diperolehi jika ada sewaktu di Kelantan tu  tahniah aje ….. bagi agen kami 4 orang tu adalah misi visi bagi tahun 2012….

 

Originally posted 2011-09-04 15:29:43. Republished by Blog Post Promoter