ingin bersama kami!… jawab…
Siapa kenal dengan 2 oramg KPW SMKBBU? ….. Wah macam ada soalan bunyinya !!! Ada hadiah ke?… Boleh Kalau nak. Tunggu dulu baca kisah pelajar ni.Pertama kali ketika saya menerima pengelibatan pelajar ini.Apa kisahnya…….
Al-kisah tersebutlah….. 2orang pelajar ini penyelamat mencukupkan kuota bagi team unitnya di perkhemahan peringkat negeri Kem Tasik.Kenapa jadi penyelamat??? ( Soalan ini standard ahli-ahli kadet ni pandai jawab).2 orang ahli KPW ni masih tingkatan 1 ketika tu dan merupakan ahli simpanan bagi team kami.
Tersebutlah kisah sebenar….. 2 orang pelajar ini di hantar balik ke sek supaya balik ke rumah oleh seorang ustazah.Kenapa?… kerana rakan kita ni menampakan dirinya yang gunda gulana.Macam takut2 ade dan macam- macam lagi…. Keputusan dibuat ketika itu adalah hasil dari perbincangan dari beberapa pihak yang bertanggungjawab.Yang terpujinya mereka berdua dihantar semula oleh ibu mereka masing-masing.Tahniah atas kehendak yang bersungguh-sungguh yang ditujukkan oleh mereka berdua ni…. Di kem mereka belajar sesuatu. Sampai ke hari ini 2 rakan kita ni tak miss dengan jadual kehadiran bagi aktiviti yang dijalankan.Jutaan tahniah Cikgu berikan untuk anda berdua.
Bina keyakinan diri yang tinggi. Kamu berdua tak teringin nak jadi pemimpin bagi mengantikan tempat senior anda bila mereka sudah menamatkan perkhidmatan? Biasanya saya dan cikgu-cikgu penasihat akan memerhatikan bakal sarjan tahun demi tahun supaya bakal sarjan terpilih adalah yang dapat memimpin pasukan KPW dengan baik dan cemerlang.
Buat rakan anda yang berdua ni tahun ini mereka berdua bakal menduduki pepriksaan PMR.Selamat berusaha hingga menjelang peperiksaan sebenar.Atur jadual belajar anda dengan baik.Berikan juga komitment yang baik sepertimana awak beri komitment yang baik dengan aktiviti ko-ko anda.Biarlah aktiviti KO-ko dan Kurikulum anda seimbang.Sama imbangannya.Selamat maju jaya.Tahniah atas segala perubahan yang anda buat untuk diri anda.
Okey untuk ahli kadet yang lain, janji saya ada soalan dan akan diberi hadiah dari artikel ini….Soalannya?
Siapa nama 2 orang Pelajar di sebelah kanan dan kiri pada photo yang tertera di atas?Berapa umurnya sertakan tarikh lahirnya.Namakan kelas mereka?
Syarat-syarat…….
1.Penyertaan terbuka kepada kalangan ahli-ahli kadet polis wanita/ lelaki SMKBBU ?
2.Jawapan selewat-lewatnya pada 29 march 2010.
3.Jawapan 3 terpantas akan di beri hadiah.Iaitu makan bersama-sama di majlis jamuan ahli kadet aktif tahun 2010 pada minggu pertama April, secara percuma.
4.Jawapan hendaklah dihantar melalui borang Contact us yang boleh diklik di menu About.
5.Segala jawapan yang diterima akan diadili oleh guru penasihat anda Cikgu Muzaidah dan Pn Nurulhuda.
Selamat datang ke majlis kami……
Originally posted 2010-03-18 15:32:10. Republished by Blog Post Promoter



cute la kak hajar ngan kak yana
ceh kak Hajar & kak Yana….
kontrol mco nmpk….
hehehehehe….:D
amboi ke main puji, takut ada yang marah2.,,.
kadet polis wanita pawer