SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

Kegiatan Kokurikulum faedah penglibatan!…

January 17, 2012 By: abib ak Category: sumbangan artikel

akitiviti petang menyihatkan badan N minda kemahiran mendirikan khemah

aktiviti lasak kemahiran mengimbang badan kegiatan apa ni main lumpur ke? bukan rentas halangan

keperluan-keperluan pelajar melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

Pascamodenisasi ini, Malaysia memerlukan  modal insan yang cemerlang dari segenap aspek kehidupan.Situasi ini berlaku lantaran kita memerlukan pemimpin-pemimpin yang berwibawa bagi mewarisi tampuk kepimpinan negara.Bagi merealisasikan impian terseut,Kementerian Pelajaran Malaysia telah menganjurkan pelbagai aktiviti kokurikulum bagi mencari dan mencungkil bakat generasi-generasi muda sejak dari bangku sekolah lagi bak kata perpatah, ‘meluntur buluh biarlah dari rebungnya’.Buktinya banyak aktiviti kokurikulum telah berjaya melahirkan modal insan yang berfikiran jauh.Sehubungan dengan itu para pelajar perlu menyahut seruan  kerajaan supaya melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum kerana mempunyai kepentingan-kepentingan yang tersendiri.

Dalam hal ini, para pelajar perlu menyertai aktiviti kokurikulum bagi mengumpul markah sebanyak 10%. Hal ini  demikian kerana markah tersebut merupakan sebahagian daripada syarat kelayakan utama untuk memasuki  institut Pengajian Tinggi Awam ( IPTA) mutahir ini.Sebagai akibatnya setiap pelajar perlu berlumba-lumba menyertai aktiviti  kokurikulum kerana setiap aktiviti akan diberi markah.Umpamanya,jika seseorang pelajar menjadi ahli aktif dalam mengikut aktiviti berpersatuan,mereka akan diberi sebanyak 3 marah.Oleh itu,pemberian markah dalam setiap aktiviti kokurikulum ini penting bagi menarik minat pelajar selain memberi ruang markah kepada mereka untuk memasuki ke universiti lebih-lebih lagi kepada pelajar cemerlang akademik dan kokurikulum bak kata pepatah melayu’pucuk dicita ulam mendatang’.

Bertitik tolak dari situ,aktiviti kokurikulum amat penting bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan,berkeyakinan tinggi, bijak berkomunikasi dan pandai bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.Perkara ini perlu bagi mengelakkan pelajar daripada menjadi kera sumbang.Dengan menyertai aktiviti kokurikulum seperti perkhemahan para pelajar akan didedahkan kepada teknik-teknik dalam kehidupan seharian.Sebagai contoh,dalam setiap aktiviti perkhemahan akan diadakan pertandingan kawat kaki dan dari sinilah para pelajar belajar cara-cara memberi arahan,memimpin seterusnya mengatur sesebuah organisasi secara sistematik dan teratur.Impaknya akan lahirlah pemimipin yang berwibawa,cekap,inovatif,kreatif dan dinamik.Justeru perkara ini amat bertepatan dengan cogan kata ‘genarasi muda pelapis dan peneraju wawasan’

Seperkara lagi, para pelajar akan memperolehi pengalaman yang banyak apabila menyertai aktiviti kokurikulum ini.Perkara ini ada kebenarannya apabila para pelajar berusaha untuk mempelajari kaedah-kaedah pertolongan cemas.Ramai yang beranggapan ilmu ini mudah sehingga ada yang memandang ringan ilmu pertolongan cemas tetapi pada hakikatnya,perkara ini ‘tidak seindah kabar dari rupa’ Tamsilanya,seseorang itu perlu mempunyai kebolehan untuk menenangkan pesakit dan tidak mudah panic kerana kepakaran mengawal situasi amat penting dalam usaha memberi pertolongan cemas. Sesungguhnya,lautan ilmu dan pengalaman amat penting dan perlu ada dalam diri setiap pelajar bagi menjalani kehidupan yang serba mencabar.

Rentetan itu, para pelajar dapat memanfaatkan masa remaja mereka dengan sebaik-baiknya.Hal ini demikian kerana masa akan meninggalkan kita sekiranya kita mensia-siakannya kerana ‘masa itu emas’.Sekiranya para pelajar menyertai aktiviti kokurikulum,mereka akan bijak merancang untuk membahagikan masa sama ada masa belajar ataupun masa beriadah.Kesan positif yang berlaku ialah para pelajar dapat mengurangkan tekanan lebih-lebih lagi apabila hari peperiksaan semakin hampir.

Misalannya,setelah sepagian berada di dalam bilik  darjah,para pelajar dapat merehatkan minda dengan menghirup udara segar di waktu petang atau bermain bersama-sama rakan.Pendek kata,aktiviti kokurikulum berjaya menyemai sikap menghargai masa dalam diri pelajar lantaran ‘jika kita gagal untuk merancang,bermakna kita merancang untuk gagal’.

Seterusnya,aktiviti kokurikulum juga berjaya membentuk para pelajar yang cemerlang dari segi aspek emosi,rohahi,jasmani dan intlek.Dalam hal ini ,aktiviti kokurikulum memerlukan semangat kerjasama daripada setiap ahli bagi  menjuarai sesuatu pertandingan.Memang prinsip kerja ‘bersatu kita teguh,bercerai kita roboh’ akan dapat menyemarakkan lagi semangat kerja berpasukan lebih-lebih lagi jika ahli-ahli kumpulan terdiri daripada berbilang bangsa.Natijahnya,perpaduan kaum dapat diperteguh seterusnya memperkecil jurang masyarakat disebabkan perbezaan latar dan budaya. Contohnya,apabila kita menyertai sesuatu aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum,kita perlu menghormati dan memahami budaya kaum lain supaya tidak tercetusnya pemusuhan.Ringkasnya,dapatlah kita simpulkan bahawa aktiviti kokurikulum menjadi formula ampuh bagi mewujudkan perpaduan kaum melalui semangat bekerjasama dan bertolak-ansur.

Sebagai intihanya,aktiviti kokurikulum menyediakan beribu-ribu manafaat kepada para pelajar.Moga-moga hasrat kerajaan untuk melihat pemimpin yang berwibawa mentadbir dan merajui Malaysia sehingga mampu ‘berdiri sama tinggi,duduk sama rendah’ dengan negara-negara maju yang lain .Kini,terpulanglah kepada para pelajar untuk membuat pilihan.Oleh itu,’tepuklah dada,tanya selera’

terima kasih atas sumbangan Siti Nur Afiqaah Md Hanif; hello rakan-rakan kadet tahniah atas kejayaan…….. anda; peperiksaan SPM makin hampir,rujuk-rujuklah karangan ni,kot dapat petunjuk/panduan …Terima kasih sekali lagi buat Afiqaah.

Originally posted 2009-08-30 00:04:58. Republished by Blog Post Promoter

Most Commented Posts

  • About
  • aktiviti 2008
  • Anugerah
  • Aktiviti 2009
  • video
  • Siapa yang nak!…
  • Halatuju 2010 had laju!…
  • Adakah adil…… atau cukup setakat itu?
  • Mesyuarat Agung KoKurikulum Kpw SMKBBU.
  • buat hal lagi ke!!!menembak

3 Comments to “Kegiatan Kokurikulum faedah penglibatan!…”


  1. Thanks Ayu! sokongan anda dihargai.

    Current score: 0
    1
  2. Hai cun

    Current score: 0
    2
  3. Salam,

    erm insp kadet rupanya..dalam kadet dulu sempat jadi sarjan major je…banyak kenangan dalam pasukan kadet polis maahad muhammadi lelaki kota bharu kelantan dulu

    Current score: 0
    3


Leave a Reply