SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

Hadiah oh hadiah……

January 17, 2012 By: abib ak Category: Kejayaan

Dua anugerah yang di terima sempena Hari kor Kadet buat Team kami;

1. Sarjan Platuan wanita terbaik

2.Johan Platun Wanita

Hadiah tu  akan di beri kepada ahli-ahli yang lain di perhimpunan rasmi sekolah pada hari isnin 26/4/2010. Peringatan kepada semua ahli kadet wanita yang belajar di sidang petang, sila datang di sebelah pagi bagi menerima hadiah masing-masing. Jangan lupa hadir tau….. bila lagi nak abadikan sejarah kegemilangan anda di sekolah masa nilah….. tahniah untuk semua, maaf insp.kadet tak dapat bersama anda di perhimpunan rasmi di sebelah pagi.Selamat berjaya…..

Originally posted 2010-04-25 11:28:25. Republished by Blog Post Promoter

Dapat… dapat, Anugerah kecemerlangan lagi !…alhamdulillah….

August 05, 2011 By: abib ak Category: about us

Anugerah kecemerlangan kokurikulum 2010. Pada 26  Mac 2011 hari Sabtu ;
KPW pada tahun ini (2010) adalah kali kedua menerima piala pusingan unit beruniform
teraktif. Anugerah yang diterima bukan lah bersalut dengan niat menunjuk2.Tahniah buat semua ahli-ahli kpw dan kepada guru-guru penasihatnya yang sudi memberi komited bagi mendidik anak didik yang sudi memberi khidmat bakti kepada pasukan KPW. Buat Guru penasihatnya, Pn Nurulhuda Bt. Saat diiktiraf sebagai guru Penasihat paling cemerlang / aktif. Kpw juga telah menerima anugerah emas UNIT BERUNIFORM TERAKTIF di majlis ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM TAHUN 2006. Adakah pada tahun 2011 milik kpw jua? Oh! belum tentu, insAllah selagi ada niat murni disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh mungkin milik mu jua, namum begitu kita mesti mempercayai bahawa manusia hanya bisa merenca untuk menuju ke tahap itu, yang menetukan segalanyanya hanya Allah s.w.t.

Anugerah majlis kecemerlangan kokurikulum yang dilaksanakan selepas mesyuarat Agung PIBG jelas menunjukkan kepada kita bahawa;
Keseimbangan antara kokurikulum, akademik adalah diharapkan.
Maksud seimbang ialah kokurikulum, akademik perlu diberikan perhatian bersesuaian dengan kepentingan dan tiada komponen dipinggirkan.
Orientasi peperiksaan mungkin dikurangkan, tetapi jika perhatian terhadap kokurikulum masih kurang, maka matlamat kesepaduan dan keseimbangan masih tidak dipenuhi.
Ada pendapat menolak kepentingan kokurikulum kerana mereka gagal dalam akademik akibat kokurikulum.
Sekiranya ada gagal akademik kerana banyak menghabiskan masa dalam kokurikulum, ia bukan masalah kokurikulum.
Kokurikulum mesti dilihat pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup.

Berilmu dan berpendidikan seharusnya menghasilkan budi pekerti dan akhlak mulia agar menjadi ciri asasi seseorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik. Matlamat utama kokurikulum merangkumi objektif-objektif seperti berikut.
1. Menyemai kesedaran pelajar-pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.
2. Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani,
jasmani dan emosi pelajar-pelajar.
3. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dalam kalangan pelajar.
4. Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.
5. Membina dan meningkatkan disiplin pelajar-pelajar.
6. Mewujudkan budaya sekolah yang sihat.
7. Membina dan meningkatkan kerjasama dua hala antara sekolah dan masyarakat.
8. Mewujudkan sekolah berwatak.

Objektif yang dinyatakan tersebut adalah bersesuaian dengan Dasar Kementerian
Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani. Oleh yang demikian, kokurikulum perlu dititikberatkan di
sekolah demi kepentingannya dalam pendidikan.

Bukti-bukti bergambar  disertakan di artikel  ini telah menolak kata-kata ini;
” Aku menolak kepentingan kokurikulum kerana ko-ko aku gagal dalam mata pelajaran sainsku ( akademik), nilah bahana akibat kokurikulum” nilah secebis contoh kata-kata yang bisa kedengaran dirunggut oleh sebilangan pelajar apabila gagal akademik mereka dan segelinter pelajar yang hanya mementingkan akademik saja dan mereka menolak kokurikulum. Sebenarnya Kokurikulum mesti dilihat sebagai pelengkap kepada akademik dan sebahagian cara hidup seseorang pelajar.

 

 

Originally posted 2011-04-07 12:49:56. Republished by Blog Post Promoter

Tags: