SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

Apa kata mereka; Sarjan Platun

January 17, 2012 By: abib ak Category: sumbangan artikel, urusan

Sarjan Platun Kadet Polis Wanita SMKBBU JB. Sarjan Nur Hamizah Zainudin

Dari sarjan platun  Kadet Polis Wanita SMK BBU  JB tahun 2009.

Sarjan Nur Hamizah Nazaruddin;

Assalammualaikum, tahun ini adalah pertama kali saya menjalankan tugas sebagai sarjan kadet polis wanita SMK BANDAR BARU UDA…Sepanjang saya menjadi sarjan,pelbagai perkara telah berlaku samada suka ataupun duka tapi semua itu telah mengajar saya menjadi lebih matang. Pertama sekali,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada terutamanya Insp.Kadet Pn Habibah A.Kadir.Guru-guru penasihat Pn Nurul Huda Mohd Saat, Pn Masita Mas’od dan Pn Nur Nadirah  Salleh kerana memberi sokongan padu dan nasihat kepada saya. Mereka turut membantu saya dalam menjalankan tugas sebagai sarjan. Peringkat permulaan dalam memikul tanggungjkawab ini, saya terasa mudah putus asa  di atas dugaan yang dicabar pada diri saya tetapi guru –guru yang komited dalam badan uniform Kadet polis wanita ini,  selalu memberi panduan untuk saya terus berdiri sebagai sarjan platun.Mereka tak jemu-jemu memberi bimbingan kepada saya agar saya dapat membimbing sebuah platun Kadet Polis wanita yang mantap,walaupun ada kala terdapat konflik kerana sikap dan kerenah rakan sepasukan.

Melayan rakan-rakan dalam pasukan bukan satu perkara yang mudah.Jika saya berjalan sendirian tanpa campur tangan guru-guru kami yang perihatin adalah sukar untuk saya menjalankan tugasan.Pada saya tanpa Insp.Kadet dan guru yang sentiasa memantau menegur sikap-sikap negatif ahli siapalah saya dan rakan-rakan yang lain? Dalam membentuk satu  pasukan yang berjaya komited dari setiap individu adalah penting.Bersedia mahu cepat belajar dengan apa yang diberi,boleh menerima teguran sarjan, bersikap keterbukaan, tiada kelompok-kelompok kecil yang ingin menjatuh atau memporak-perandakan team., sedia bekerjasama hanya dalam satu team sahaja dan yang paling saya ingat adalah post mortem yang sedia dibuat oleh Insp-Kadet pasukan kami dalam membina kejayaan kepada pasukan unit beruniform Kadet Polis Wanita SMKBBU JB, dengan mempastikan kecemerlang dapat dibentuk.

Oh ya!… suka ingin saya memperkatakan disini, saya komited dengan kadet Polis Wanita SMKBBU JB sejak dari tingkatan 2; dimana kejayaan yang paling besar saya rasa ialah mengikuti Insp.Kadet Pn.Habibah A Kadir ke Pulau Pinang ke Perkhemahan Kadet Polis Peringkat Kebangsaan.Ketika ini saya bukanlah seorang kadet yang lasak pada aktiviti kawat kaki.Saya mewakili Negeri Johor dipersembahan kebudayaan saja.Namum begitu atas bimbingan Insp.Kadet saya belajar sesuatu yang lebih besar sudut aktiviti dalam pasukan ini.Bagi saya untuk menjadi sarjan Platun ; perlu ada kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam aktiviti tertentu.Mithalnya menjadi sarjan platun sudah semestinya kemahiran kawat itu adalah menjadi makanan  diri kita. Disini saya perlu mahir kawat yang betul, mesti tahu memberi arahan dan dapat memimpin ahli-ahli lain.

Okey setakat ini yang dapat saya  perkatakan ,sepanjang saya memegang jawatan sarjan dari Jan 2009 hingga Julai.Saya memohon maaf, terutama pada Insp Kadet Pn. Habibah A Kadir dan Guru penasihat kadet Polis.Pada rakan-rakan ahli kadet Polis wanita saya juga meminta maaf sekira berlaku kesilapan yang saya lakukan terhadap anda semua.Pada tahun akhir ini saya harapkan pasukan unit beruniform Kadet Polis Wanita SMKBBU JB akan terus kekal  memagang rekod Johan 3 tahun berturut-turut dan kami juga ketika meninggalkan Zon Bandar Selatan telah memegang rekod Johan. Kawat Kaki. Mudah-mudahan kamu dapat kekalkan Rekod Johan itu 3 tahun lagi di Zon Bandar Utara.  Kecermelangan tahun 2010 perlu dibina untuk Kpwup.  Pesanan untuk Insp.Kadet janganlah tingalkan mereka.Bagi saya, saya tetap akan tinggalkan pasukan Kadet Polis Wanita SMKBBU, JB kerana tempoh tamat persekolahan saya di sekolah ini pada tahun ini. Selamat untuk semua ahli Kedet Tingkatan 5 yang bakal menduduki SPM. Kali ini kita harus berjuang sehabis-habisnya bagi memduduki peperiksan SPM. Selamat berjuang!….

Originally posted 2009-10-08 11:25:31. Republished by Blog Post Promoter