Halatuju 2010 had laju!…
Tahun 2010 ke mana hala tuju anda semua?
Selamat datang ke unit beruniform Kadet Polis wanita SMKBBU Johor Bahru.
Untuk guru penasihat baru yang diarahkan ke unit kami, kami ahli Kadet senior mengharapkan kecemerlangan akan terus dibina atas bimbingan yang bakal diberi.Bagi rakan yang bakal menjadi ahli baru di unit kami, kami mengaulu-alukan kesudian anda. Mudah-mudahan atas keinginan sedia berkhidmat, akan memberi nama baik serta meningkatakan prestasi sekolah melalui kegiatan ko kurikulum yang Cuma 10% di ambil kira.Apa-apa pun mereka memperkatakan,Ingatlah sememangnya kegiatan Ko-ko satu platform terbaik buat seseorang untuk bersosial dan membina personaliti.
Jadi apa yang anda boleh lakukan bagi menanam nilai positif disamping meningkatkan keyakinan terhadap diri sendiri?.Kegiatan yang dikuti bukanlah pembunuh kepada prestasi akademik.Jika dari awal anda telah menetapkan negative pada kegitan kami dan sering ingin menuding jari bahawa kegitan dari kami yang bakal anda ikuti menjatuhkan kecemerlangan pelajaran anda,kami nasihatkan supaya anda mengubah minda anda untuk menjadi cemerlang apabila bersama kami.Setkan kegiatan anda dan pembelajaran anda dengan baik dari awal apabila bergabung dengan kami.Jangan beri alasan negative bahawa kegiatan yang kami beri merendahkan segala keputusan matapelajaran anda, kami jelak mendengarnya!…

Bagaimana dengan hadiah pusingan ini dah 3 tahun di sekolah anda.Di mana anda nak meletakkannya?Adakah masih mahu ianya berada bersama anda? hanya anda yang menentukannya,Guru-guru penasihat hanya membimbing anda saja.Perlaksanaan adalah terletak di tangan anda.Hanya mereka yang berusaha dengan bersungguh akan mendapat kejayaan.
Hadiah Johan Peringkat Zon Bandar Utara
Di mana hadiah yang Lain-lain

Ha ni lagi hadiah anda! gerr…mudah-mudahan tahun 2010 akan memberi sesuatu yang bermakna.
Bagi ahli-ahli baru kegiataan yang anda ikuti.anda bakal belajar sesuatu bagi meningkatkan kecemerlangan potensi diri, Ahli-ahli lama anda adalah pemimpin yang akan memberi bimbingan kepada rakan baru anda. Bina kerjasama,hormat menghormati,berbincangan cari jalan membina team yang berjaya,hindar hasat dengki sesama ahli. dan selesaikan segala konflik dengan sehabis baik. Salam dari kami Kadet Polis wanita SMKBBU di tahun 2010……
Peringatan : Mesyuarat Agung Ko-Ko anda 16 Jan. 2010 Sabtu.
Bawa ahli-ahli baru yang positif yang sanggup bersama-sama membina
kecermelangan dalam team anda.
Originally posted 2009-12-31 22:37:36. Republished by Blog Post Promoter

