SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

latih – harapan….Ooo…. harapan….

May 01, 2010 By: abib ak Category: urusan

Latih terus berlatih bukan itu saja tanggungjawab sebagai pelajar, keseimbangan kegiatan  ko kurikulum dan kurikulum adalah di tuntut demi menjadi pelajar cemerlang dan insan berkualiti yang dapat menjadi pemimpin keluarga dan negara pada masa depan.

Setelah merasai beberapa pengalaman manis dan pahit membimbing pelajar dalam unit beruniform Kadet Polis wanita, harapan saya kepada pasukan KPW SMKBBU 2010 adalah di dalam kesederhanaan. Peratus harapan yang sederhana ini bagi saya adalah yang terbaik. Bukan senang untuk mengekalkan kejuaraan bertahun-tahun,namum syukur alhamdullillah di peringkat Zon Utara team ini telah dapat bertahan kejuaraannya selama 3 tahun berturut-turut.

Untuk Peringkat negeri pada tahun 2009 pasuakan kami menduduki tempat kedua,  tahun 2010 harapan saya ketika menerima setiap anggota kadet Polis Wanita, sentiasa meletakkan satu tangkapan positif bahawa mereka boleh melaksanakan tugasan mereka walaupun kami menerima pelbagai dugaan dalam menyatukan team yang sedia ada. Membina satu team bersatu hati yang mempunyai kesungguhan serta semangat berkobar-kobar menegakkan kecemerlangan kejayaan umpama  bukan senang untuk senang.

Harapan saya untuk team 2010 laksanakan tugasan kamu yang akan kamu lalui  pada 10 Mei 2010, jam 08.30 pagi di Pusat Ko- kurikulum, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru, Johor dengan kesungguhan yang maksimum. Selamat berusaha dan berjuang. Doa sentiasa dilafaskan untuk KPW.  Harapan semua pasukan ketika itu semuanya inginkan satu  kejayaan.So selamat berjuang didoakan Team KPW SMKBBU  beroleh kejayaan.