Pertandingan Kawat Kaki Zon Utara tahun 2010
Pada hari pertandingan ini (10/4/2010 – Sabtu) dijalankan saya tidak dapat bersama dengan pelajar KPW di majlis pertandingan yang diadakan.Namum begitu pelajar-pelajar ini masih diiringi dan diselia oleh guru-guru penasihat yang masih menggalas tanggungjawab sebagai seorang guru penasihat bagi menyelia setiap tingkahlaku dan aktiviti yang di jalankan.Guru pengiring mereka adalah Pn. Hurulhuda bt Mohd Saat dan Cik Muzaidah bt Manaf.
Saya pula sempat menghantar makanan pelajar-pelajar itu.Selepas itu dengan segera balik ke Sekolah bagi menghadiri majlis anugerah kecemerlang kokurikulum dan kurikulum selepas majlis mesyuarat PIBG.Pakej 3 in one.Maka pada ketika pertandingan dijalankan tidaklah dapat saya melihat secara life corak langkah KPW SMKBBU waktu itu dan tidak dapat mengklik foto pertandingan. Pelajar/guru yang dapat mengklik atau merakam peristiwa tersebut jangan lupa untuk share dengan saya. Syukur al-hamdullillah selepas menerima anugerah di majlis yang di hadiri saya akhirnya dapat juga bersama mereka dan sempat melihat team sekolah lain.
Pertandingan kawat kaki disertai oleh 17 pasukan bagi sekolah-sekolah yang berada di kawasan Zon Bandar Utara.Ia itu 6 pasukan lelaki dan 11 pasukan perempuan.Keputasan yang kami perolehi adalah:-
Dengan ini Pasukan KPW SMKBBU telah diiktirafkan sebagai pasukan yang memperolehi kejayaan………
1. Johan Kawat kaki bagi pasukan kadet Polis wanita Zon Bandar Utara.
2.Ketua Platun terbaik.
3.Johan keseluruhan pasukan terbaik.
Syukur di atas kemenangan yang diperolehi; akhirnya usaha yang bersungguh-sungguh diberi oleh Allah s.w.t dengan kejayaan. Amin.
Beberapa memori foto yang dapat dirakam oleh saya ketika keputusan diumumkan dan bergambar dalam pasukan selepas pengumumam dibuat. Bagi pasukan-pasukan yang memperolehi kejayaan hadiah-hadiah akan di sampaikan di Majlis Hari Kor Kadet Polis pada 24 April 2010 di Padang kawat UTM. Berjumpa di sana.
Gambar kenangan bersama penyokong-penyokong kami selepas keputusan diumumkan…… dimajlis ini kami tidak lah saja bersama ahli-ahli kadet baru malahan kami masih diberi sokongan oleh beberapa orang orang ahli kadet lama kami yang telah pon meninggalkan alam persekolahn mereka.Disini mereka sempat melahirkan beberapa kata-kata manis seperti rasa mahu lagi menyertai pasukan Kadet Polis.Mahu memberi yang paling terbaik dalam aktiviti.Terima kasih kerana masih memberi sokongan dan tunjurajar yang baik-baik kepada adik-adik anda tu…. okey tengoklah gambar ni ya……..














