KPW SMKBBU bergambar bersama……
Selesai majlis Hari Kor Kadet Pasukan KPW SMKBBU sempat bergambar bersama dengan Ketua polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan bin Hasaan.Gambar kenangan hari Kor kadet Polis ke 40 merupakan menjadi sejarah kepada para kadet polis wanita yang menyertai majlis ini dan juga meraih beberapa anugerah sempena majlis itu. Di majlis ini KPW kami menerima anugerah Johan bagi kawat kaki pasukan kadet Wanita Zon Utara, dengan ini kami telah memegang gelaran Johan bagi zon ini sebanyak 3 kali berturut-turut.Kami juga selepas diarahkan meninggalkan Zon JBS, kami meninggalkan kenangan manis menjadi Johan di Zon JBS pada tahun 2007. Allahamdulillah kerana semua pihak memberi komited yang tak terhingga.
Anugerah lain yang di terima oleh KPW pada Hari Kor Kadet ini; Ketua Platun Wanita terbaik Zon JBU, Keseluruhan Platun Terbaik Kawat kaki Zon JBU dan seorang rakan KPW kami Siti Mariam menerima anugerah kadet polis berdisplin di mana beliau menerima anugerah ini setelah lulus dalam temuduga yang dilalui. Tahiah untuk semua semuga anda terus berjaya dengan cemerlang.
Originally posted 2010-04-27 11:00:15. Republished by Blog Post Promoter


