SMK BBU JB.

Bangkit Menjana Kecemerlangan/pendapatan Kadet Polis Wanita
Subscribe

latihan pusat

January 17, 2012 By: abib ak Category: aktiviti terkini

Pasukan KPW SMKBBU dan Pasukan KPW SMK Skudai dalah 2 pasukan kadet polis wanita JBS utara yang diamanahkan sebagai pasukan kawalan Kehormat di barisan hadapan di hari kor Kadet polis JBS utara pada 24/4/2010.Sebelum majlis pasukan ini harus menjalani latihan agar persembahan yang dibuat dapat dilaksanakan dengan jaya dan cemerlang.Hari demi hari  pasukan kawalan kehormat telah menunjukakn kemajuan dan diakui oleh jurulatih; mereka boleh menujukkan persembahan yang dikehendaki,walupun pada permulaannya jurulatih merasakan was-was untuk menerima mereka.Berkat kesungguhan Team yang terpilih ini akhirnya mereka dapat melaksanakan tugasan dengan berjaya.Pihak KPW SMKBBU mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajar kami.Terima Kasih kepada semua jurulatih yang terlibat di tapak latihan di ibu pejabat Polis daerah JBU.Terima kasih kepada semua guru-guru penasihat KPW SMKBBU yang melaksanakan tugasan mengiringi pelajar-pelajar ditempat latihan.Jutaan terima kasih kepada semua KPW SMKBBU atas komited anda melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.Ada kesilapan dari KPW SMKBBU kami mohon maaf jua.

Di perturunkan beberapa gambaran bagi sesi latihan pusat pasukan Kawalan Kehormatan.

Gambaran minggu pertama:

Beginilah gambaran pada minggu pertama, macam-macam gelagat yang ditunjukkan, hingga kadang-kadang memberikan ketidak kepercayaan…… namun pelajar-pelajar ini sebenarnya ada menyimpan sesuatu matlamat mahu memberikan sesuatu yang terbaik.Pada minggu ini bagi pasukan kami KPW SMKKBU sebenarnya terkejar-kejar waktu latihan, mana nak ke JBU dan sampai ke sekolah kul  6  petang sambung semula latihan bagi persedian pertandingan kawat kaki formasi zon utara.Namun atas permintaan minggu pertama latihan pasukan Kawalan Kehormat cuma di adakan selama 3 hari,lega rasanya KPW dapat fokus pada persedian terdekat.

Originally posted 2010-04-05 20:16:53. Republished by Blog Post Promoter

Anugerah apa?…..

January 17, 2012 By: abib ak Category: Kejayaan

Bagi Anugerah keseluruhan Kadet Polis terbaik bagi tahun 2010  adalah di anugerahkan kepada Kadet Polis Wanita SMKBBU, dengan itu pengetua SMKBBU di jemput untuk mengambil piala bagi anugerah yang di beri.Tahniah buat KPW SMKBBU usaha yang anda beri meletakkan nama baik bagi sekolah anda. tengok tu…. wah dengan wajah yang girang serta senyum simpul Pengetua anda menerima anugerah itu.Syabas untuk semua……

Originally posted 2010-04-27 11:13:54. Republished by Blog Post Promoter

Hadiah oh hadiah……

January 17, 2012 By: abib ak Category: Kejayaan

Dua anugerah yang di terima sempena Hari kor Kadet buat Team kami;

1. Sarjan Platuan wanita terbaik

2.Johan Platun Wanita

Hadiah tu  akan di beri kepada ahli-ahli yang lain di perhimpunan rasmi sekolah pada hari isnin 26/4/2010. Peringatan kepada semua ahli kadet wanita yang belajar di sidang petang, sila datang di sebelah pagi bagi menerima hadiah masing-masing. Jangan lupa hadir tau….. bila lagi nak abadikan sejarah kegemilangan anda di sekolah masa nilah….. tahniah untuk semua, maaf insp.kadet tak dapat bersama anda di perhimpunan rasmi di sebelah pagi.Selamat berjaya…..

Originally posted 2010-04-25 11:28:25. Republished by Blog Post Promoter

KPW SMKBBU bergambar bersama……

August 05, 2011 By: abib ak Category: Kejayaan

Selesai majlis Hari Kor Kadet Pasukan KPW SMKBBU sempat bergambar bersama dengan Ketua polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Ruslan bin Hasaan.Gambar kenangan hari Kor kadet Polis  ke 40 merupakan menjadi sejarah kepada para kadet polis wanita  yang menyertai majlis ini dan juga meraih beberapa anugerah sempena majlis itu. Di majlis ini KPW kami menerima anugerah Johan bagi kawat kaki pasukan kadet Wanita  Zon Utara, dengan ini kami telah memegang gelaran Johan bagi zon ini sebanyak 3 kali berturut-turut.Kami juga selepas diarahkan meninggalkan Zon JBS, kami meninggalkan kenangan manis menjadi Johan di Zon JBS pada tahun 2007. Allahamdulillah kerana semua pihak memberi komited yang tak terhingga.

Anugerah lain yang di terima oleh KPW pada Hari Kor Kadet  ini;  Ketua Platun Wanita  terbaik Zon JBU, Keseluruhan Platun Terbaik Kawat kaki Zon JBU dan seorang rakan KPW kami Siti Mariam menerima anugerah kadet polis berdisplin di mana beliau menerima anugerah ini setelah lulus dalam temuduga yang dilalui. Tahiah untuk semua semuga anda terus berjaya dengan cemerlang.

Originally posted 2010-04-27 11:00:15. Republished by Blog Post Promoter