kutahu hatimu… baju kamu tetap biru
Kali inikau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.
Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.
Aku Menjadi Lebih Baik
Kali inikau berbaju biru
dan bajuku ungu.
Sayang, hanya aku tahu
hatimu
tidak setulus hatiku
yang berbaju ungu.
Maksud
Penyajak berbaju ungu manakala kawannya berbaju biru.Penyajak membandingkan sifat kawannya itu melalui warna tersebut. Walaupun biru melambangkan peribadi yang lembut dan tulus dalam setiap tindakan,penyajak berpendapat sebaliknya terhadap kawannya.Penyajak menyedari kawannya itu mempunyai hati yang tidak jujur dan tidak ikhlas berbanding dirinya yang berbaju ungu. Ungu hampir dekat dengan hitam iaitu lambang kesedihan.
Bila begini,
sebilah pisaumu aku tidak gentar
sepatah kata
bisa,
aku merasa.
Maksud
Dalam keadaan penyajak dihimpit secebis kedukaan dalam hidupnya,kawannya bukannya memujuk atau meringankan beban yang dideritainya sebaliknya melontarkan kata-kata yang sungguh berbisa. Kata-kata yang berbisa itu menyinggung dan mengecewakan hatiĀ penyajak.Penyajak berpendapat tikaman daripada sebilah pisau tidak begitu terasa
pedihnya berbanding dengan kata-kata yang bisa.Namun, penyajak tidak takut dengan tikaman tersebut.
Hati dan rasa mengajarku
aku menjadi lebih berani.
Maksud
Penyajak mendapat satu pengajaran agar tidak berpaut harap kepada kawan yang tidak ikhlas dan bersikap pura-pura. Penyajak menjadi lebih berani walaupun keseorangan dan lebih baik begitu daripada mempunyai kawan yang tidak ikhlas malahan
hei…kamu berbaju biru fahamkan maksud sajak ini.Kamu kpwup tetap berbaju biru yang punya hati setulus ikhlas dalam berpasukan membina kecemerlangan diri.Tahniah kepada semua kpwup berbaju biru yang komited dengan unit kamu. Ada sajak jom antar!… bila nak komen, sekarang!..sila
Originally posted 2009-07-28 08:00:00. Republished by Blog Post Promoter

