Sarjan Platun 2010…..
Siapa ni ???……
Akhirnya Nur Nadia Syafiqah menyandang sarjan platun pasukan kadet Polis wanita SMKBBU.Tahniah kepada awak kerana berani menyahut cabaran menjadi seorang pemimpin bagi pasukan platun anda.Atas kehendak dan keinginan beliau serta yakin dapat memimpin unit KPW beliau menjalankan tugasan bagi tahun 2010 serta mempelajari banyak perkara.Beliau setakat ini sedia menerima tegoran dan tunjuk ajar dari guru-guru kadet.Didoakan diakhir persekolahan pada tahun ini Sarjan Nadia dapat membina potensi diri yang cemerlang berjaya di bidang ko-ko dan kurikulum.
Nadia Syafiqah bukan lah ahli kadet yang baru menceburi bidang unit uniform ini.Beliau telah 3 tahun melibatkan diri mempelajari seribu satu ragam dalam membina potensi diri yang berkertampilan dan yakin dengan kepimpinan yang beliau ada.Namun begitu sebenarnya banyak lagi perkara baru yang harus Nadia Syafiqah timba.
Ujian pertama telah dilalui iaitu menjadi sarjan platun di kejohanan sukan sekolah.kemudian diikuti mengetuai perbarisan kawat hormat di majlis Q anjuran Pejabat Pelajaran Johor dan sarjan platun bagi perbarisan tabek hormat di kejohanan sukan MSSD Johor Bahru. Huhhhh lepas ni ada lagi…. sedia berkhidmat. Apa-apa hal tahniah buat sarjan Platun KPW tahun 2010.Sekalung tahniah juga diberi buat ahli-ahli kadet yang menyertai program yang telah dilaksanakan.Tahniah,,,,, sekali lagi.
Originally posted 2010-03-11 13:00:07. Republished by Blog Post Promoter


