latihan oh latihan

Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Negeri
Tarikh : 10 Mei 2010 ( Isnin )
Masa : 08.30 pagi
Tempat : Pusat Ko- Kurikulum, Jalan Tasek Utara, Johor Bahru, Johor
Perkhemahan kali ini di fahamkan yang paling teringkas dijalankan, hanya pertandingan kawat kaki saja dipertandingkan bagi menentukan pasukan yang bakal ke Kebangsaan ( Di fahamkan di Kuala Trengganu ). Atau memilih ahli-ahli kadet paling terbaik diantara pasukan yang terbaik adalah lebih ideal agaknya.Tunggu saja dan lihat bagaimana?
Sebelum melangkah ke arena pertandingan 2 hari pasukan KPW SMKBBU ditentukan supaya menjalani latihan bersama jurulatih SM Zulkifli Ali dan Kopral Bakri Abd Jalil.Latihan 2 hari pada 29 dan 30 April 2010 ( Khamis & Jumaat) dari jam 3.00 hingga 6.00 petang.Namum begitu kami hanyalah dapat bersama jurulatih berpengalam yang dapat kami kelaskan sebagai jurulatih paling Otai, mananya tidak SM Zulkifli, kami di fahamkan lagi 1 minggu nak pencen sanggup datang ke tempat kami bagi memberi segala ilmu yang ada kepada kami.
Pada otai SM Zulkifli kami minta supaya encik dapat meluangkan masa untuk memberi pengajaran kepada kami kerana tertunggak satu latihan disebabkan rakan kami pada hari Khamis tak mencukupi di dalam satu pasukan. Ini bukanlah disengajakan oleh rakan-rakan setia kami tu, mereka terpaksa mengikuti kelas tambahan yang begitu penting harap encik memahami kami.
KPW SMKBBU buatlah kerja kamu yang terbaik, berlatih dengan niat kesungguhan memperpetulkan segala kesalahan yang bisa dibuat.Ubah, buat yang telah diajar oleh Otai. Ingatkan segala petua-tua. Jangan mudah lupa atau balik semula ke geraklaku salah yang biasa dibuat. Bulatkan tekat. Positif diri pada yang betul dan benar. Setiap anggota mestilah berdisplin. Berkawat dalam gambaran wajah berkawat dipamerkan. Bukan seperti fesyen show tau!… faham-faham aja le…
Doa dan harapan dari semua pihak di SMKBBU dan ibubapa anda untuk kamu, buat yang paling terbaik dan mudah-mudahan kamu beroleh kejayaan.
Originally posted 2010-05-01 17:31:32. Republished by Blog Post Promoter


Isah bujang terima kasih kerana sudi ke Blog kami ni.Selamat maju jaya untuk Isah!….
salam kak Abib sy sungguh terjua bila melihat pasukan kedet yg tangkas dan segak dengan pakaian uniform yg kemas..mereka dapat menguasai setiap latihan yg di ajar ssb itu lah tanda kejayaan..terus kan lah usaha sehingga ke tangga kejayaan
betol kata Otai…. tq atas ingatan.
sendiri mahu inggatlah…..nak jadi yang terbaik kena ada pengorbanan…..semoga berjaya diperingkat negeri . ngganu kito